SEJARAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMBANGAU
Januari 1999
Sekolah SMK Tembangau mula dibuka dengan menumpang di SK LKTP Tembangau 1. Ketika itu masih diberi nama SMK Kemayan (cawangan Tembangau) kerana pentadbiran sekolah berpusat di SMK Kemayan. Seramai 5 orang guru dipinjamkan dari SMK Kemayan untuk mengajar di SMK Kemayan (cawangan Tembangau). Bilangan pelajar ketika itu adalah seramai 106 pelajar (3 kelas tingkatan 1).
Oktober 1999
Seorang pembantu makmal ditugaskan di SMK kemayan (cawangan Tembangau) iaitu Pn. Russimah bt Samin. Oleh kerana masih belum terdapat makmal sains di SMK Kemayan (cawangan Tembangau), maka beliau diarahkan bertugas sementara di SMK Kemayan (induk).
Januari 2000
Bermula 1 Januari 2000, SMK Kemayan (cawangan Tembangau) menggunakan namanya sendiri iaitu SMK Tembangau. Kehadiran pengetua pertama di SMK Tembangau iaitu En Muthar bin Ibrahim. Guru yang berkhidmat di sekolah ini pada ketika itu ialah seramai lapan orang sahaja. Manakala kakitangan bukan akademik pula seramai empat orang. pada masa ini bilangan kelas telah bertambah iaitu 8 kelas (3 kelas tingkatan 2 dan 5 kelas tingkatan 1) dengan jumlah pelajar seramai 246 orang.
Julai 2000
Hanya pada Julai 2000 bilangan guru-guru di SMK Tembangau mencukupi iaitu seramai 19 orang, tetapi masih tidah terdapat pembantu tadbir. Bilangan pelajar sudah bertambah menjadi seramai 268 orang.
25 Oktober 2000
Mula beroperasi di sekolah baru. Majlis bacaan Yassin dan doa selamat telah diadakan pada 19 Oktober 2000 untuk meraikan perpindahan warga SMK Tembangau dari Sekolah Rendah LKTP Tembangau 1.