SMK Tembangau adalah sebuah sekolah menengah yang terletak
berhampiran dengan kawasan pelancongan
yang terkenal iaitu Tasik Bera.
Lebih tepat lagi ia berada dalam kawasan gugusan
Felda Tembangau iaitu Felda Plantation Tembangau 07.
Terdapat empat buah sekolah rendah
yang berhampiran iaitu SK Tembangau 01, SK Tembangau 03,
SK Tembangau 06 dan SK Pos Iskandar.